Wednesday, December 24, 2008

KELANTAN DARUL NAIM:1-3 DEC


HARI PERTAMA HINGGA HARI KEDUA.

Pada hari Sabtu yang lepas, Kami balik rumah opah kerana kami hendak pergi ke Kelantan. Kami tidur selama satu hari di Taiping. Pada keesokkan hari, saya dan keluarga saya bersarapan pagi. Seepas itu, kami mula bertolak. Kami bertolak pada pukul 9:00 pagi. kami melalui Lebuhraya Timur-barat. Kami melalui Pekan Grik dan Tasik Banding. Kami merentasi Banjaran Titiwangsa. Pemandangannya sungguh cantik. Kami melalui Pekan Jeli, Tanah Merah, dan sampai ke Kota Bharu pada pukul 4:00 petang. Pada hari itu, hujan turun dari petang hingga malam. Jadi kami hanya berehat di dalam apertment di tingkat 12. Saya berkongsi bilik dengan abang saya.

HARI KETIGA.

Pada waktu pagi, kami pergi Pengkalan Kubor. Mak saya membeli toto tudung, dan lain lain lagi.Selepas itu, ayah saya membelikan saya dan abang saya baju bola. Abang saya memilih M.U. dan saya memilih Chelsea dan Arsenal. Selepas itu, kami pergi ke Wat Machimmara. Selepas itu, kami mengambil gambar di Istana Jahar. Selepas itu, kami pun pergi menaiki kuda.Selepas itu,kami pun balik ke hotel. Selepas itu, kami menggakat beg. Selepas itu, kami pun bertolak pada pukul 11:00 pagi. Kami sungguh gembira berada di Kelantan.

No comments: