Wednesday, December 24, 2008

Terengganu: 3 - 5th December 2008


HARI PERTAMA.

Pada hari Rabu ,kami bertolak dari Kelantan ke Terengganu pada pukul 11:00 pagi. Kami tiba pada pukul 4:00 petang. Kami di sana selama 2 hari 1 malam. Setelah sampai kami menginap di apartment. Kami hanya duduk berehat saja. Pada waktu petang, kami pergi ke Dataran Syahbandar kerana ada pertandingn Monsoon Cup. Pada malam itu, kami pergi ke konsert nyanyian di DATARAN SYABANDAR.

HARI KEDUA.

Keesokan hari, kami pergi ke TAMAN TAMADUN ISLAM, DAN MASJID KRISTAL.Kami mengambil gambar dan melawat sekitar Masjid Kristal. Kami juga menaiki bas bandar Terengganu yang unik. Selepas itu kami menziarahi saudara di Kampung Pasir Panjang. Pada waktu petang kami bersiar - siar di Pantai Batu Buruk. Kami adik beradik menaiki kuda di tepi pantai. Pada waktu malam, kami makan malam dirumah emak saudara saya. Semasa makan, tiba - tiba bekalan elektrik terputus.

HARI KETIGA
Pada waktu pagi, kami melawat sekitar bandar Kuala Terengganu seperti Istana Maziah & Pasar Payang. Selepas itu kami bertolak balik ke Melaka. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Kemaman untuk membeli kerepok lekor. Selepas itu, kami singgah pula di Cherating. Kami tiba di Melaka pada pukul 10 malam. Saya sangat gembira kerana berpeluang melawat Pantai Timur pada cuti kali ini.

KELANTAN DARUL NAIM:1-3 DEC


HARI PERTAMA HINGGA HARI KEDUA.

Pada hari Sabtu yang lepas, Kami balik rumah opah kerana kami hendak pergi ke Kelantan. Kami tidur selama satu hari di Taiping. Pada keesokkan hari, saya dan keluarga saya bersarapan pagi. Seepas itu, kami mula bertolak. Kami bertolak pada pukul 9:00 pagi. kami melalui Lebuhraya Timur-barat. Kami melalui Pekan Grik dan Tasik Banding. Kami merentasi Banjaran Titiwangsa. Pemandangannya sungguh cantik. Kami melalui Pekan Jeli, Tanah Merah, dan sampai ke Kota Bharu pada pukul 4:00 petang. Pada hari itu, hujan turun dari petang hingga malam. Jadi kami hanya berehat di dalam apertment di tingkat 12. Saya berkongsi bilik dengan abang saya.

HARI KETIGA.

Pada waktu pagi, kami pergi Pengkalan Kubor. Mak saya membeli toto tudung, dan lain lain lagi.Selepas itu, ayah saya membelikan saya dan abang saya baju bola. Abang saya memilih M.U. dan saya memilih Chelsea dan Arsenal. Selepas itu, kami pergi ke Wat Machimmara. Selepas itu, kami mengambil gambar di Istana Jahar. Selepas itu, kami pun pergi menaiki kuda.Selepas itu,kami pun balik ke hotel. Selepas itu, kami menggakat beg. Selepas itu, kami pun bertolak pada pukul 11:00 pagi. Kami sungguh gembira berada di Kelantan.